Friday, April 15, 2016

PROBIOTIK DAN USUS



Bayangkan 1.5kg BAKTERIA tinggal di dalam USUS anda pada ketika ini!

Apabila anda sihat, campuran bakteria yang 'baik' dan yang 'buruk' ini berada dalam keseimbangan yang ideal.  Namun begitu, jika keseimbangan ini terjejas, kesihatan anda akan terancam.

Setiap tahun, berjuta-juta orang mengunjungi doktor dan hospital untuk merawat masalah sistem pencernaan mereka.  Berjuta-juta orang mengunjungi farmasi untuk membeli produk kesihatan untuk melegakan perut berangin, masalah penghadaman, cirit birit dan sembelit.

Kultur bakteria yang seimbang membantu memastikan fungsi saluran pencernaan yang sihat.  Untuk mengekalkan kesihatan usus, badan anda mestilah mempunyai sebanyak 85% bakteria 'baik' untuk mengekalkan pengkolonian melampau bakteria 'buruk' ataupun patogen.

Bakteria yang 'baik' dikenali sebagai probiotik yang bermaksud 'untuk kehidupan'.  Probiotik melapisi saluran gastrousus dan menghalang pencerobohan daripada patogen.  Walau bagaimanapun, faktor seperti tekanan hidup, pencemaran alam sekitar, tabiat pemakanan yang tidak sihat  dan umur boleh mengurangkan probiotik di dalam tubuh badan kita.  Maka pengambilan probiotik setiap hari untuk menambah bilangan bakteria 'baik' adalah sangat penting!

Probiotik & Wanita

Hampir setiap wanita mengalami vaginitis pada umur tertentu dan kebanyakan mereka akan mengalami masalah yang sama beberapa tahun kemudian.  Vaginitis biasanya berlaku akibat jangkitan bakteria atau kulat yangmenyebabkan keradangan pada membran mukus yang melapisi faraj.  Penyebab lain mungkin berpunca daripada penggunaan antibiotik secara berlebihan, kehamilan, menapous, terapi sinaran atau kebersihan yang rendah di bahagian bawah badan.

Ekologi bakteria dalam saluran kencing wanita adalah dinamik danmudah berubah. Maka, wanita juga mudah terdedah kepada jangkitan saluran kencing (UTI-Urinary Tract Infection).  Simptomnya termasuklah tetapi tidak terhad kepada air kencing yang berbau busuk, demam, loya, cirit birit dan kesakitan semasa membuang air kecil.

Satu lagi masalah yang biasa berlaku adalah jangkitan yis, atau Candidiasis, yang disebabkan oleh pertumbuhan Candida Albicans yang berlebihan yang lazimnya boleh didapati di dalam mulut, tekak, saluran percernaan, saluran genitourinari dan kulit.  Biasanya, Candida hidup secara harmoni  dengan microb lain di dalam badan.  Namun begitu kehadiran Candida  yang terlalu banyak di dalam sistem pembiakan wanita boleh mengakibatkan ketidakseimbangan hormon, sindrom pra haid, kitaran haid yang tidak tetap  dan rasa sakit di bahagian abdorman.

Kajian telah menunjukkan bahawa campuran probiotik seperti Lacto dan Bifido dapat membantu mengembalikan keseimbangan microflora di bahagian urogenital dan gastrousus untuk menghalang jangkitan faraj dan saluran kencing.  Kultur bakteria 'baik' ini memainkan peranan yang penting untuk mengawal pertumbuhan patogen.

Justeru, ambillah probiotik setiap hari untuk kekal sihat, bertenaga dan ceria!


Probiotik dan Kanak-Kanak

Apabila seseorang kanak-kanak jatuh sakit dan menerima rawatan antibiotik, antibiotik akan mengurangkan bakteria 'baik' di dalam saluran gastrousus kanak-kanak berkenaan, dan kesan sampingannya adalah cirit birit.  Cirit birit mengurangkan kandungan bendalir badan, menyebabkan penyhahidratan dan komplikasi2 lain.

Sebaliknya, probiotik melapisi saluran gastrousus untuk menyekat pertumbuhan bakteria 'buruk' dan pada masa yang sama meningkatkan daya pertahanan badan kanak-kanak.  Ini sangat bermanfaat untuk kanak2 yang tahap imunnya yang agak lemah atau masih berada dalam tahap perkembangan.

Kalsium yang merupakan salah satu unsur yang sangat penting untuk tumbesaran kanak-kanak dapat diserap  dengan lebih baik dengan kehadiran bakteria penghasil asid.  Strain bakteria sebegini sangat membantu dalam penghadaman protein serta meningkatkan tahap sistem imun badan disamping mengurangkan masalah alergi.

Oleh itu, pengambilan probiotik setiap hari di kalangan kanak-kanak adalah wajar dan penting untuk menjamin proses penghadaman dan penyerapan nutrien yang lebih baik.

#transferfactorstoremalaysia
#transferfactorstoremalaysia
#transferfactorstoremalaysia

No comments:

Post a Comment